Pembunuh Dr Fadi sewa Proton Saga Sejak 3 bulan
Best Small Business Opportunities USA in 2018
As entrepreneurs we are always looking for the best small business opportunities USA. Isn’t it?
We all want financial freedom while doing what we love and what else can be more fulfilling in life than pursuing what we actually believe in and love doing every single day.
Most of us want to be entrepreneurs and have a desire to start our own business while the fear of failure holds us back most of the time from getting started and taking that first step towards starting a small business and realizing our dream.
There’s nothing like owning a successful small business but most of us wanna-be entrepreneurs are unable to decide which small business to get into or which industry would be the best considering growth and stability.
Well today in this post we will share with you the best small business opportunities USA that offer lots of space to grow as well as profits in 2018.But first let’s go through some steps that will help you set your foot in the right direction for grabbing the small business opportunities USA:The first step is to find your perfect small business idea and conduct market research:At Home Medical Services ,Auto Repair,Computer repair and Mobile Phone Repair – Everyone needs some sort of help with their slowing PC s or virus removal or cracked mobile screen and people love to get all these fixed at their home in front of their eyes and they are ready to pay extra for the convenience.
KUALA LUMPUR: Suspek pembunuhan pensyarah Palestin, dilaporkan melarikan diri dengan menaiki kereta Proton Saga selepas meninggalkan motosikal di Taman Tasik Danau Kota.
Kereta yang disewa suspek itu ditemui sekitar jam 2 pagi tadi di Taman Tasik Ampang Hilir, di sini, berdasarkan maklumat awam dan siasatan yang dijalankan.
Pemeriksaan mendapati kereta berkenaan disewakan kepada suspek sejak tiga bulan lalu oleh pemiliknya yang juga rakyat tempatan.
Sebelum ini suspek turut menyewa sebuah motosikal jenis Kawasaki Versys, yang digunakan ketika menembak mati Dr Fadi M R AlBatsh Fatma, di Kondominium Idaman Puteri, Jalan Meranti, Setapak, di sini, juga sejak tiga bulan lalu.
Suspek kemudian meninggalkan motosikal berkenaan selepas membunuh mangsa di pusat perniagaan Jalan Danau Niaga, Danau Kota, di sini, sebelum melarikan diri dengan kereta Proton Saga.
Sumber berkata, kereta itu dikesan berdasarkan pemantauan menyeluruh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Jalan Danau Niaga.
"Hasil penelitian CCTV yang dijalankan membawa kepada petunjuk suspek meninggalkan lokasi motosikal itu diletakkan dan menaiki kereta.
"Berdasarkan siasatan susulan yang dibuat, pemilik kereta memaklumkan keretanya diletakkan di kawasan parkir Taman Tasik Ampang Hilir," katanya hari ini.
Kereta berkenaan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, untuk pemeriksaan lanjut oleh Unit Forensik Polis Kuala Lumpur.
Sementara itu Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, ketika ditanya mengenai penemuan kereta berkenaan, memberitahu pihaknya masih menjalankan siasatan.
"Saya tidak dapat memberikan butiran lanjut namun pihak kami sedang menjalankan siasatan secara terperinci.
"Segala maklumat berhubung kes ini akan diberikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun," katanya.
Mazlan ditemui dalam Majlis Rasmi Ucapan Takziah kepada Dr Fadi di Kedutaan Palestin, di sini, bersama beberapa pegawai kanan Polis Kontinjen Kuala Lumpur, serta Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohd Roy Suhaimi Sarif.
Beliau turut menyampaikan salam takziah daripada Ketua Polis Negara kepada adik Dr Fadi serta Duta Besar Palestin, Datuk Dr Anwar H Al Agra.
Source : Bharian.com

Komentar
Posting Komentar